Mesyuarat pertama Majlis Pimpinan Sekretariat kerajaan perpaduan bersetuju menubuhkan tiga jawatankuasa melibatkan semua parti di dalam kerajaan.<br /><br />Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ia melibatkan jawatankuasa strategi, jawatankuasa pilihan raya dan jawatankuasa pemantauan agenda kerajaan dan politik.